Lepas Nasha, Sarah Pula Putus Tunang

 :: Entertainment :: Gosip

View previous topic View next topic Go down

Lepas Nasha, Sarah Pula Putus Tunang

Post  waniaida on Sun Jun 08, 2008 12:34 am



KL, 1 JUN 2008: Baru saja setengah tahun 2008, macam-macam saja cerita panas yang Murai Batu dengar satu lepas satu. Ada yang putus kasih, ada yang putus tunang dan ada pula yang terus cerai-berai.


Antara yang hangat diperkatakan adalah kes putus tunang Nasha Aziz dengan jurukamera kesayangannya serta kes cerai Si Beego selain bekas rocker handalan, Nash.


Terbaru pula, penyanyi lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raissudin, dah terkena tempias Mawi dan Ina Naim apabila memutuskan pertunangan dengan jejaka Mat Sallehnya, Muhammad Harith Fuad Robinson.


Murai Batu difahamkan, Sarah, 24, dan Harith, 25, sudah pun putus tunang sejak 2 bulan lalu atas sebab-sebab tidak lagi sehaluan. Kalau hendak dikatakan mereka berjauhan sangat, Harith bukannya menetap di New Zealand iaitu tempat asalnya tetapi hanya bertugas di Pulau Pinang.


Alah Penang dan KL tu bukan jauh mana sebab kalau kita terbang dengan pesawat tambang murah atau tambang mahal, tempohnya sama saja iaitu 50 minit dari KLIA. Tapi itulah, kalau dah tak ada jodoh, duduk kat sebelah rumah pun boleh putus tunang sekiranya ada hal-hal peribadi yang tentu sulit untuk didedahkan kepada umum.


Khabarnya, Sarah tidak dapat menerima komitmen tugas Harith yang seorang 'Mat Rempit'. Ooops, bukan Mat Rempit
jalanan tu tapi seorang pelumba motosikal profesional yang selalu berlumba di macam-macam gelanggang race. Klimaks yang membuat Sarah tak tahan ialah apabila Harith khabarnya kena berhijrah ke Eropah tidak lama lagi untuk cari makan di sana, jadi Sarah di KL tak sanggup hendak korbankan keluarga dan kerjaya seni itu.


Tak apalah Sarah, Murai Batu faham. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Keputusan untuk tunang mahupun kahwin sememangnya ada di tangan Sarah sendiri. Kalau dah gitu keputusannya, sabar-sabarlah meneruskan hidup. Kalau ada jodoh boleh sambung balik, kalau tidak, cari saja yang lain untuk merawat luka di hati tu. affraid affraid

_________________
..aku ADALAH aku..

waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 43
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

View user profile

Back to top Go down

@@

Post  LagendaZ on Mon Aug 18, 2008 6:13 am

huhuee Very Happy

LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 22
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

View user profile http://wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 :: Entertainment :: Gosip

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum