Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

 :: Entertainment :: Gosip

View previous topic View next topic Go down

Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  waniaida on Sun Jun 08, 2008 12:39 am



KUALA LUMPUR, 6 JUN 2008: Bukan sebab mencari publisti murahan atau sengaja mencetuskan kontroversi tetapi semuanya gara-gara rambutnya sudah teruk rosak!


Itulah jawapan bekas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Nor Ashikin Abdul Rahman, 24, atau Ekin AF3, dalam mengulas kenapa dia mengambil tindakan nekad lagi berani dengan mencukur licin kepalanya seperti penyanyi Britney Spears dan pelakon Sharifah Amani.


Hakikatnya, Ekin yang sering dikaitkan dengan rakan seangkatan, Yazer, mengakui bahawa foto gadis botak yang disiarkan Murai Batu dalam murai.com.my sejak kelmarin adalah dirinya sendiri.


"Itulah rupa Ekin sekarang. Ekin mengambil keputusan nekad itu pada 3 Jun lalu. Ekin mencukur kepala di rumah Ekin di Kuala Lumpur pada waktu subuh.


"Sebenarnya Ekin ada masalah rambut yang serius sejak beberapa tahun lalu. Rambut Ekin asyik gugur sejak dulu.. Seingat Ekin, sebelum Ekin masuk AF3 lagi. Jadi, Ekin botakkan kepala untuk tumbuhkan rambut baru yang lebih sihat.


"Sebenarnya, niat asal Ekin adalah nak buang rambut yang rosak saja. Jadi Ekin pun cubalah potong pendek dan nipis. Potong punya potong, ia akhirnya tak menjadi. Jadi Ekin fikir baiklah terus cukur licin. Ekin rasa, kalau pergi salun rambut pun ia sudah tidak boleh diselamatkan lagi," jelasnya.


Apa Komen Keluarga?


"Keluarga Ekin belum tengok lagi tapi, Ekin ada beri tahu keluarga yang Ekin hendak botakkan kepala. Mereka tidak melarang dan tidak pula menggalakkan. Mereka bagi nasihat dan cuma risau kalau-kalau rambut Ekin tak tumbuh semula.


"Ekin juga tanya kawan-kawan. Awalnya mereka terkejut tapi ada yang sudah tengok. Semua cakap OK. Terus terang Yazer adalah orang yang pertama sekali tengok wajah Ekin botak.


"Lepas ni, untuk show, Ekin terpaksalah pakai rambut palsu buat sementara," ujar Ekin yang tidak lagi bersama Maestro Talent sejak April lalu.


Botak sebab putus cinta?


Sikap berani Ekin ini jelas mengundang pelbagai tohmahan malah pengunjung di murai.com.my sendiri memberikan pelbagai komen. Malah, ada segelintir pihak mengatakan Ekin botak kerana putus cinta. Benarkah?


"Tindakan Ekin ini tak ada kena mengena langsung dengan kes putus cinta atau frust pada sesiapa. Ekin juga memang tiada niat langsung untuk mencari publisiti murahan macam orang sangka. Bayangkan rambut itu adalah mahkota setiap wanita dan takkanlah semudah itu Ekin sengaja nak korbankan rambut Ekin.


"Apa yang penting bagi Ekin, semua ini ada sebab kenapa Ekin botak. Lucunya, selepas botak, ada kawan-kawan cakap Ekin nampak sangat menarik dan boleh buat imej album Ekin nanti. Entahlah, tengoklah macam mana...


"Cuma di sini Ekin ingin minta maaf pada semua orang sekiranya tindakan Ekin ini dianggap keterlaluan," pintanya bersungguh-sungguh.

psttttt mcm-mcm hal artis kite nih... affraid affraid

_________________
..aku ADALAH aku..

waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 43
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

View user profile

Back to top Go down

Bukan Kerana Rambut Roask....

Post  WeReWolf on Tue Jun 10, 2008 5:49 am

Ehem..... den raso laaa kan

Itu bukan masalah rambut gugur tu tapi masalah pembiakan kutu rambut yang semakin berleluasa tu pasal dia bagi BOTAK truss....

Apa pun Ok ler tu jangan dia DIE kulit kepala dah lerrrr... Hehehehe...Laughing Laughing Laughing

Any ways... itu gaya hidup sekarang.... Laughing Laughing

WeReWolf
WebMaster

Male
Number of posts : 66
Age : 40
Location : Dekat-Dekat umah hampa gak..
Registration date : 2008-04-15

View user profile http://www.wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

Re: Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  waniaida on Tue Jun 10, 2008 6:42 am

hok aloh..
dah cam ghoper toyol jer?
seswai beno kalo jadik toyol digi..
huhuhu~

tkot jer tgk, kalo jupe mlm2 ni
mau langkah seribu..cabottt affraid affraid

_________________
..aku ADALAH aku..

waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 43
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  wann on Tue Jun 10, 2008 6:54 am

muakakakaka...

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Re: Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  Tiger on Thu Jun 12, 2008 1:54 am

botak sbb bnyk makn megi tu... Laughing Laughing Laughing

_________________
tiger is tiger not cat.... hehheeh

Tiger
moderator

Male
Number of posts : 77
Age : 29
Location : kelantan
Registration date : 2008-06-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  WeReWolf on Thu Jun 12, 2008 2:27 am

dah citer dia gi botakkan rabbit kepale kata lak banyak makan megi sebab dia botak...

ape laaa tiger miau miau!!! ni... alien

WeReWolf
WebMaster

Male
Number of posts : 66
Age : 40
Location : Dekat-Dekat umah hampa gak..
Registration date : 2008-04-15

View user profile http://www.wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

YOOOO ~~

Post  LagendaZ on Sun Aug 03, 2008 12:21 am

GOSIP JGAN TAK GOSIP ~~ muekekeke !!

LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 22
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

View user profile http://wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

Re: Eksklusif - Ekin Dedah Rahsia Botak!!!!!!

Post  Sponsored content Today at 6:32 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 :: Entertainment :: Gosip

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum