adab berjimak mengikut islam

View previous topic View next topic Go down

adab berjimak mengikut islam

Post  wann on Mon Sep 15, 2008 10:20 pm

Adab berjimak mengikut Islam

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2.Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3.Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4.Jangan berjimak pada pertengahan Nisfu Syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5.Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6.Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7.Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8.Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9.Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10.Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum