Lisdawati Tawar Dr Sheikh Berlakon

 :: Entertainment :: Gosip

View previous topic View next topic Go down

Lisdawati Tawar Dr Sheikh Berlakon

Post  wann on Thu Jun 05, 2008 8:09 am

KL, 17 MAC 2008: Teruja Murai Batu mendengar khabar aktres cantik yang sedang sarat berbadan dua, Lisdawati, 'mengidam' untuk melihat Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berlakon watak peguam dalam sebuah drama khabarnya untuk siaran RTM.
Ketika ini Lisdawati semakin aktif menulis skrip manakala suaminya, Fauzi Nawawi, pula sedang sibuk menjadi pengarah drama selain terus aktif sebagai pelakon stunts.
Tentunya gandingan Lis dan Fauzi berdua boleh menjayakan pembikinan sesebuah drama kerana kedua-duanya berpengalaman dan kreatif. Kebetulan Lis sekarang sedang berehat panjang, tentulah idea datang mencurah-curah.
Murai Batu difahamkan, watak itu bersesuaian dengan kemampuan dan personaliti Dr Sheikh yang bijak berpidato, bijak dan sering berdepan dengan masyarakat.
Khabarnya, Lis dapat tahu mengenai minat lakonan Dr Sheikh itu dalam satu laporan dalam murai.com.my, tidak lama dulu. Terima kasihlah Lis kerana sudi ikuti perkembangan dunia hiburan dan peminat jangan tak tahu Dr Sheikh sekarang sudah menjadi seorang blogger dalam GengMurai di murai.com.my.
Menariknya, ketika ini, Dr Sheikh sudah pun dihubungi tetapi masih belum memberi jawapan sama ada mahu terima atau tidak lamaran lakonan Lis itu. Kita tunggu sajalah perkembangan menarik ini nanti ya.

http://www.murai.com.my/

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

yOOO ~~~

Post  LagendaZ on Sun Aug 03, 2008 12:19 am

GOSIP JANGAN TAK GOSIP ~~ Very Happy ekekeke !

LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 22
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

View user profile http://wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 :: Entertainment :: Gosip

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum