Allahyarham loloq

 :: Entertainment :: Gosip

View previous topic View next topic Go down

Allahyarham loloq

Post  wann on Thu Jun 05, 2008 8:13 am

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2008: Kematian mengejut Loloq atau Rosli Khamis, 50, semalam selepas koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara pada awal pagi Ahad lalu, benar-benar membingungkan kebanyakan rakan seperjuangan seninya.
Sepanjang hayatnya masih ada, penulis lirik yang cukup prolifik serta berpengaruh di dalam industri muzik tempatan negara ini tidak pernah dilaporkan mempunyai sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau pun sakit jantung.
Lalu, apabila pihak doktor di hospital berkenaan mengesahkan anak seni kelahiran Singapura ini menghadapi masalah pembuluh darah pecah di bahagian otaknya, kita semua tertanya-tanya bagaimanakah ia boleh berlaku, sedangkan arwah sebelum ini seorang yang tegap serta sihat walafiat.

Jangan Tak Lihat
Album Kenangan Mila Denga... Jalil Ngah Kembali Ke Rah... Raja Azmi Terkilan Dengan... Hujan Tak Halang Sunburst... Nabil Julang Trofi Raja L...
Krew murai.com.my cuba mendekati isteri beliau, Hariah Yaacob, 35, untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihadapinya arwah suaminya itu. Hariah yang manis bertudung litup bagaimanapun agak sukar untuk memberikan kerjasama kepada pihak wartawan.
"Minta maaf saya tidak boleh memberikan sebarang penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan arwah sebelum ini. Apa yang boleh saya katakan, doktor hanya mengesahkan dia menghadapi pendarahan di dalam otak. Maaf ya. Itu saja yang boleh saya katakan," katanya sewaktu ditemui di dalam Surau Al-Ikhwan di Bandar Baru Sungai Buloh.
Balu arwah itu ditemui di bahagian ruang solat muslimah bersama sanak saudara maranya yang lain dalam surau tersebut selepas menngiringi jenazah arwah yang tiba dari hospital berkenaan kira-kira jam 4.50 petang.
Sungguh pun begitu, ibu Hariah yang juga ibu mertua kepada Loloq, Hawa Md Bintang, 65, bukan saja lebih senang untuk didekati tetapi mahu memberikan kerjasama yang lebih dengan pihak wartawan mengenai pemergian Loloq yang mendukacitakan.
"Malam Rabu minggu lepas, makcik baru saja menziarahi anak menantu makcik di rumah mereka. Makcik tak nampak pun apa-apa yang pelik dan arwah pun nampak sihat saja serta tidak mengadu apa-apa sakit.
"Apabila dia dimasukkan ke hospital pada pagi Ahad lalu, sudah tentu kami semua terkejut dan lebih mengejutkan bila dapat tahu bahawa arwah kemudian meninggal selepas menjalani pembedahan Isnin lalu," katanya.
Kalau hendak diikutkan makcik Hawa mahu bercerita dengan lebih lanjut lagi mengenai musibah yang menimpa keluarganya itu. Namun, selepas diberi amaran oleh seorang anaknya supaya tidak menceritakan apa-apa lagi kepada kepada pihak wartawan, wanita itu terus mendiamkan diri.

M Nasir gagal menahan sebak

Daripada sumber yang diperolehi daripada rakan paling akrab dengan arwah pula, komposer dan penyanyi berkaliber, M Nasir berkata, sebelum ini arwah memang pernah mengadu mengenai keadaannya yang kurang begitu sihat.
"Dia memberitahu saya perkara itu selepas hari raya. Tidak lama selepas itu dia menghilangkan diri dan tidak berjumpa dengan sesiapa termasuklah kami semua di Luncai Emas.
"Apabila saya jumpa dia semula, saya tanya ke mana dia menghilang. Dia kata dia sakit tetapi sudah OK. Tapi, dia tidak beritahu dia sakit apa dan sekitar bulan lalu, sudah dua kali arwah dimasukkan ke hospital.
"Sebagai rakan arwah, saya tidak terkilan dengan pemergiannya. Saya redha. Namun, pemergian adalah satu kehilangan yang besar. Lebih-lebih lagi buat saya kerana dia banyak menulis lirik untuk lagu-lagu saya.
"Kami juga berkongsi banyak perkara serta pemikiran yang sama. Saya tidak fikir akan ada pengganti yang lain selain daripada Loloq dan saya tidak dapat melihat siapa yang mampu menggantikan tempat Loloq sebagai penulis lirik yang hebat di negara ini," kata M Nasir dengan mata yang merah dan sebak.
Pengarah filem Mamat Khalid yang turut dilihat berada di dalam van jenazah arwah memberitahu, arwah adalah antara rakannya yang paling akrab yang banyak berkongsi minat, cerita serta pemikiran yang sama.
"Sebab itulah dia selalu ada di dalam filem yang saya buat kecuali Kala Malam Bulan Mengambang. Dia ibarat sparing partner saya. Dia memang best. Tidak sangka pula dia sudah pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya.
"Sebenarnya, sudah dua kali dia masuk di hospital pada bulan yang lalu akibat darah yang tersekat di otak namun dari awal lagi pihak keluarganya mahu merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan semua," katanya.
Satu sumber pula memberitahu murai.com.my bahawa arwah sebenarnya ada menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku pada Isnin lalu. Pada masa itu, keadaan arwah sudah mula dilaporkan agak stabil semula.
"Tapi, keadaan arwah bagaimanapun bertukar menjadi kritikal semula apabila bahagian paru-paru arwah mula dipenuhi gas karbon dioksida dan arwah kemudian meninggal dunia kira-kira jam 1.37 petang semalam," sumber itu berkata lagi.
Sewaktu jenazah arwah dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan di surau itu, ramai rakan artis serta karyawan seni yang sudah pun kelihatan berkumpul di situ untuk memberikan penghormatan terakhir buat anak seni yang dianugerahkan bakat genius itu.
Nasir & isterinya Marlia Musa, Mamat Khalid, Tam & Nafie Spider, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ella, Hattan, Amy, Nasir & Yazid Search, Saleem Iklim, Joe & Eddie Wings, Nurul, Farhan, Mila, Hasnul Rahmat, Zur Eda, Herman Tino, Ramli MS, Ali Bakar, Salman, Ajai, Zul Mahat, Johari Teh, Fauzi Marzuki, Eddie Hamid, Mohram , Keon, Moharis Yaakop, Firdaus, Farihin Abdful Fatah, Aidit Alfian, S Amin Shahab dan Sani Sudin adalah antara mereka yang kelihatan.
Orang-orang kuat dan berpengaruh dalam persatuan hiburan juga turut kelihatan iaitu Presiden MACP, Habsah Hassan, Presiden PAIMM, Datuk Aziz Bakar, Presiden Papita, M Daud serta Presiden Mahkota, Datuk A Rahman Hassan.
Masing-masing kelihatan cukup sugul dan sangat berduka dengan pemergian arwah yang sama sekali tidak dijangka ini dan ada di antara mereka tidak dapat menahan sebak apabila diberi peluang untuk menatap wajah arwah buat kali yang terakhirnya. Lebih-lebih lagi tatkala melihat jahitan di bahagian kepala arwah selepas beliau dilaporkan menjalani pembedahan.

Tam Spider paling sugul

Paling tidak dapat menahan emosi dan sugul mereka dengan pemergian mengejut arwah ialah Tam Spider dan pemain keyboards Firdaus yang sudah menganggap arwah sebagai saudara kandung sendiri.
Tam berkata: "Buat masa ini, aku tidak dapat nak mengulas apa-apa. Tolonglah faham keadaan aku. Berilah masa untuk aku tenang kerana kehilangan arwah ini adalah sesuatu yang amat besar."
Jenazah arwah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Sungai Buloh dan disemadikan di pusara itu sekitar jam 6.45 petang. Tam bersama Firdaus adalah antara individu yang turut membantu menimbus tanah ketika upacara pengebumian dilakukan.
Antara yang berkejar pada saat akhir ke pusara Allahyarham adalah Afdlin Shauki, Zainalabidin, Cat Farish , Ali XPDC, Eman Manan, Rosyam Nor, Adlin Aman Ramlie, Eman Manan, Uwie, Din CJ, Bade Hj Azmi dan Pacai.
Loloq yang dilahirkan pada 21 Mei 1957 di Singapura meninggalkan seorang balu dan tiga anak iaitu Krusty Nur, 10, Jaerv Nur, 7, dan Yasha Nur, 5. Antara lirik beliau yang cukup diingati ialah Mentera Semerah Padi & Andalusia (M Nasir), Aduh! Saliha & Angan dan Sedar (Mawi), Layar Impian (Ella), Selendang Merdeka & Tak Nak Jadi Soh Chai (XPDC), Cinta Sakti (Def-Gab-C), Aladin & Kasih Latifah (Spider), NurNilam Sari (Awie & Search) Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy), Persis Mutiara (Mila), Awan Yang Terpilu (Ning Baziura) serta Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M Nasir) yang turut pernah mengungguli pertandingan Anugerah Juara Lagu 1997.
Selain itu, arwah juga aktif berlakon dan sering dilihat muncul dalam kebanyakan filem arahan Mamat Khalid iaitu Lang Buana, Rock, Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang. Terbaru, arwah berlakon dalam filem arahan Seow Teong Hin, Apa Kata Hati.
Arwah juga turut menulis skrip untuk filem Aduh! Saliha arahan M Nasir tetapi tidak dapat melihat karya filem itu siap sepenuhnya.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Loloq. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin....
sumber dari http://www.murai.com.my/

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Re: Allahyarham loloq

Post  waniaida on Thu Jun 05, 2008 9:51 am

alfatihah semoga arwah ditempatkan
bersama-sama dgn org yg briman
amin..

waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 43
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Allahyarham loloq

Post  wann on Fri Jun 06, 2008 1:07 am

aminn

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Re: Allahyarham loloq

Post  Sponsored content Today at 9:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 :: Entertainment :: Gosip

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum