cicakmen versi komik

 :: Entertainment :: Gosip

View previous topic View next topic Go down

cicakmen versi komik

Post  wann on Fri Jun 06, 2008 1:59 am

Selepas berjaya mencuri hati ramai masyarakat tempatan dalam bentuk filem sains fiksyen, Cicak-Man kini ditampilkan pula dalam komik yang menarik. Apa yang membanggakan, edisi pertama siri komik Cicak-Man terbitan KRU Berhad itu berjaya menerima tempahan awal berjumlah 30,000 naskah untuk edaran di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak ia mula diperkenalkan 26 Mei lalu.Lebih daripada itu, demi merealisasikan impian untuk menjadikan Cicakman sebagai watak superhero terhebat seperti mana Spiderman, Iron Man atau Superman, KRU berhasrat untuk mengadaptasikannya dalam beberapa bahasa seperti Inggeris, Indonesia dan juga Mandarin.Bercakap kepada portal murai.com.my, Ketua Pengarah Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata pihaknya yakin strategi berkenaan mampu membawa Cicak-Man sebagai simbol atau ikon komik popular di rantau Asia.Siri komik Cicakman diedarkan pada minggu keempat setiap bulan dengan mengenengahkan watak-watak yang ada di dalam filem Cicak-Man pertama dan episod kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.Norman bagaimanpun berkata, pihaknya masih berundingan dengan beberapa pihak untuk mengadaptasi siri komedi Cicakman dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Indonesia dan Mandarin bagi kesesuaian bacaan masyarakat negara luar.Beliau berkata, ini merupakan langkah berani KRU untuk mempromosikan Cicak-Man di persada antabangsa melalui syarikat KRU di luar negara yang bertapak di Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan terbaru United Kingdom."Pihak kami sudahpun menghasilkan Cicak-Man dalam bahasa Mandarin untuk pasaran di Hongkong. Tapi hanya menunggu persetujuan untuk diterbitkan saja. Manakala untuk pasaran Indonesia, kami akan memasarkannya pada Julai atau Ogos nanti. "Dari segi jalan cerita siri komik Cicak-Man miliki kelainan tersendiri. Ia penuh dengan jenaka dan elemen aksi yang jarang ada pada komik superhero popular yang lain. Kami yakin Cicak-Man akan menjadi karektor komik popular di Asia," katanya. Norman berkata, siri komik Cicak-Man yang mendapat kerjasama daripada MediaCorp Publising Ptd Ltd sebagai pengedar, boleh didapati pada harga RM5.90 senaskah untuk pasaran tempatan, BN$2.90 (Brunei) san SGD2.90 (Singapura).Siri komik Cicak-Man bukan hanya menampilkan watak yang sedia, sebaliknya turut menampilkan watak filem Cicak-Man 2 - Planet Hitam seperti Rama, Miss Chief dan Iman.http://www.murai.com.my/

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

Re: cicakmen versi komik

Post  waniaida on Fri Jun 06, 2008 3:09 am

suke baju cicak man
miahahahahahaha Wink Wink

waniaida
Co WebMasTer

Female
Number of posts : 144
Age : 43
Location : dlm umah dpn lappy
Registration date : 2008-05-05

View user profile

Back to top Go down

Re: cicakmen versi komik

Post  wann on Fri Jun 06, 2008 3:35 am

hahaha..wan tau sebab pe die minat..nenok badan ketol2 ar tu..toi x? hiohihih Basketball cheers bounce

wann
WebMaster

Male
Number of posts : 213
Age : 32
Location : port dickson
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.wolfgang.tk

Back to top Go down

yoOOOO ~~~~

Post  LagendaZ on Fri Aug 01, 2008 8:08 am

CicakMAN ~~~

LagendaZ
Special Member

Male
Number of posts : 311
Age : 22
Location : Miri sarawak
Registration date : 2008-03-21

View user profile http://wolfgang.goodbb.net

Back to top Go down

Re: cicakmen versi komik

Post  Sponsored content Today at 6:31 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 :: Entertainment :: Gosip

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum